Kadang-kadang tu aku tertanya....
Sesuatu itu terlalu mudah untuk pergi...
Dan biasanya pemergiannya tidak sesukar..
Seperti pergi untuk kembali lagi disitu.
Kadang-kadang tu aku menoleh....
Menoleh sesuatu yang aku sendiri tidak tahu...
Tidak tahu samada aku atau sesuatu yang aku tolehi itu..
Benar-benar tahu akan apa yang ingin aku lemparkan.
Kadang-kadang itu aku mendongak....
Untuk mengetahui ataupun mengintai...
Adakah jawapan pertanyaan aku itu..
Sudah ia jawapkan atau sudah ia tunaikan.
Kadang-kadang itu aku merenung....
Merenung adakah sesuatu itu...
Merupakan sesuatu jalan untuk aku terus..
Merangkak ataupun berlari.
Mana mungkin itu tidak...
Jika aku sentiasa tertanya-tanya..
Tertanya siapa aku dan siapa dia.
Mana mungkin itu tidak...
Jika aku sentiasa menoleh-noleh..
Menoleh adakah pasti dia untuk aku.
Mana mungkin itu tidak...
Jika aku sentiasa terdongak-dongak..
Terdongak bagaimana untuk aku mengapai dia.
Mana mungkin itu tidak...
Jika aku sentiasa merenung-renung..
Merenung kerana pastikah aku mempunyai peluang.
Mana mungkin itu adalah tidak !!!
Thursday, June 25, 2009
mAnA MuNkiN Itu tiDaK
Tuned by arill ® at 12:06 AM
Apa: hukum alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment