AKU - Merujuk kepada empunya tuan badan. Benar-benar besar pengertian dan makna jika kau kenal siapa diri sendiri. Nasib yang hanya diusahakan olehnya dan ditentukan oleh NYa.
DALAM - Pengertian sebenar yang ada dalam diri aku diatas tadi. Merujuk kepada apa yang ada pada si AKU ada samada zahir ataupun batin.
DIRI - Kata erti lain bagi AKU. Pengenalan yang berbeza kerana hati, perasaan, jiwa ada bersama di DALAM nya.
ORANG - Individu yang berada disekeliling DALAM mencari asal usul siapa DIRI AKU sebenarnya.
LAIN - Sesuatu yang luas dan merujuk kepada sesuatu yang bukan dari DALAM DIRI samada AKU dan ORANG berhampirannya.
AKU DALAM DIRI ORANG LAIN - Sebenarnya terlalu luas skop yang perlu diceritakan tentang diri kita sebenarnya. Tak perlu cuba mencari-cari kenapa dan bagaimana sesuatu orang lain itu memperolehi, mempunyai, menghasilkan sesuatu perlu diberikan perhatian sedang diri kita sendiri ternyata kita gagal dalam mengenalinya. Adakah esok atau lusa mahupun tulat baru kita tahu sebenarnya kita punyai diri sendiri yang perlu dikisahkan. Waktu itu kita tidak rugi tapi perlu diiingat sebenarnya kita sudah terlewat dari orang disekeliling kita dalam cuba mengenali diri masing-masing dan sebenarnya kita hanya meletakkan diri kita pada situasi yang lebih malang dari orang yang mengenali siapa dirinya sendiri. Membohong dan memperbodohkan diri adalah orang yang memalsukan dirinya sendiri..
Kata Hari Ini...
Sunday, June 28, 2009
aKu DaLaM dIrI OrAnG lAiN
Tuned by arill ® at 5:26 AM
Apa: Sipolan-polan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment