AKU - Merujuk kepada empunya tuan badan. Benar-benar besar pengertian dan makna jika kau kenal siapa diri sendiri. Nasib yang hanya diusahakan olehnya dan ditentukan oleh NYa.
DALAM - Pengertian sebenar yang ada dalam diri aku diatas tadi. Merujuk kepada apa yang ada pada si AKU ada samada zahir ataupun batin.
DIRI - Kata erti lain bagi AKU. Pengenalan yang berbeza kerana hati, perasaan, jiwa ada bersama di DALAM nya.
ORANG - Individu yang berada disekeliling DALAM mencari asal usul siapa DIRI AKU sebenarnya.
LAIN - Sesuatu yang luas dan merujuk kepada sesuatu yang bukan dari DALAM DIRI samada AKU dan ORANG berhampirannya.
AKU DALAM DIRI ORANG LAIN - Sebenarnya terlalu luas skop yang perlu diceritakan tentang diri kita sebenarnya. Tak perlu cuba mencari-cari kenapa dan bagaimana sesuatu orang lain itu memperolehi, mempunyai, menghasilkan sesuatu perlu diberikan perhatian sedang diri kita sendiri ternyata kita gagal dalam mengenalinya. Adakah esok atau lusa mahupun tulat baru kita tahu sebenarnya kita punyai diri sendiri yang perlu dikisahkan. Waktu itu kita tidak rugi tapi perlu diiingat sebenarnya kita sudah terlewat dari orang disekeliling kita dalam cuba mengenali diri masing-masing dan sebenarnya kita hanya meletakkan diri kita pada situasi yang lebih malang dari orang yang mengenali siapa dirinya sendiri. Membohong dan memperbodohkan diri adalah orang yang memalsukan dirinya sendiri..
Kata Hari Ini...
Sunday, June 28, 2009
aKu DaLaM dIrI OrAnG lAiN
Tuned by arill ® at 5:26 AM 0 comments
Apa: Sipolan-polan
Friday, June 26, 2009
mEnCaRi AsAl uSuL
Selagi aku tak jumpa selagi tu aku tak tahu kenapa aku masih cam ni. Tengok pelik tapi tu adalah aku. Sudah tamat aku rasakan tidak. Terlalu mengharap namun sebaliknya. Bila aku rasa itu namun begini pulak jadinya. Setiap kali bermula rasakan macam sudah tiba diakhirnya. Namun jika terhidang didepan jiwa pulak yang gundah gelana. Bila rasakan ya namun ada saja yang mengatakan tidak. Sampaikan aku keliru yang mana sebenarnya benar adakah aku atau dia. Hal ini kerana......
Aku Mencari Asal Usul ....
Tuned by arill ® at 10:44 PM 0 comments
Thursday, June 25, 2009
rEal AnD ReAliti
Realitinya hari ini
Kita mudah menerima dan melepaskan sesuatu itu dengan mudah. Kerana apa kita sudah punyai atau rasai dengan apa yang kita ada sebenarnya. Ternyata realitinya kita sebenar-benarnya tidak tahu akan apa yang kita punyai itu. Kerana keliru dengan apa yang kita punyai maka kita semakin tamak untuk memiliki sesuatu itu walaupun ianya hanya melalui sebagai bayangan gelita sahaja. Membiar dan melepaskan sesuatu kerana sesuatu yang lain merupakan antara realiti kita yang sebenarnya hari ini antara kita kepada sayang, kasih, rindu, suka dan nafsu....
Realitinya hari ini
Kita tidak tahu antara cita-cita dan kemahuan kepada diri kita sendiri. Kita binggung akan mana sebenarnya yang perlu kita kejari dan mana sebenarnya yang perlu kita lambai. Sehinggakan cita-cita yang kita pingginkan tetapi kemahuan pula yang mejenguk datang kepada kita. Realitilah kita sebenarnya terliwat hari ini dalam mengenal siapa diri kita sendiri dan ketahui lah bahawa kita bukannya sekadar tewas sebelum berjuang bersama dia tetapi kita sebenarnya kita lupa kita punyai diri sendiri untuk ditatangi.
Realitinya aku hari ini !!!
Tuned by arill ® at 10:36 PM 0 comments
Apa: bermusim
mAnA MuNkiN Itu tiDaK
Kadang-kadang tu aku tertanya....
Sesuatu itu terlalu mudah untuk pergi...
Dan biasanya pemergiannya tidak sesukar..
Seperti pergi untuk kembali lagi disitu.
Kadang-kadang tu aku menoleh....
Menoleh sesuatu yang aku sendiri tidak tahu...
Tidak tahu samada aku atau sesuatu yang aku tolehi itu..
Benar-benar tahu akan apa yang ingin aku lemparkan.
Kadang-kadang itu aku mendongak....
Untuk mengetahui ataupun mengintai...
Adakah jawapan pertanyaan aku itu..
Sudah ia jawapkan atau sudah ia tunaikan.
Kadang-kadang itu aku merenung....
Merenung adakah sesuatu itu...
Merupakan sesuatu jalan untuk aku terus..
Merangkak ataupun berlari.
Mana mungkin itu tidak...
Jika aku sentiasa tertanya-tanya..
Tertanya siapa aku dan siapa dia.
Mana mungkin itu tidak...
Jika aku sentiasa menoleh-noleh..
Menoleh adakah pasti dia untuk aku.
Mana mungkin itu tidak...
Jika aku sentiasa terdongak-dongak..
Terdongak bagaimana untuk aku mengapai dia.
Mana mungkin itu tidak...
Jika aku sentiasa merenung-renung..
Merenung kerana pastikah aku mempunyai peluang.
Mana mungkin itu adalah tidak !!!
Tuned by arill ® at 12:06 AM 0 comments
Apa: hukum alam
Tuesday, June 23, 2009
sAtU TiTik yG kOsoNG
selasa 443 pm aku cuba sesuatu yang ak rase sesuatu yang luar kemampuan aku. mula aku dengan satu titik yang kosong dan bergerak dengan naluri ak. ermmm mungkin sok lusa baru mampu penuhi titik itu.. harapan..
cuba kenal siapa papan muka ini dam ak sendiri rase susah..aku sendiri jawap akan jawapan nye
Tuned by arill ® at 4:40 PM 0 comments


