? ??????????????Color Chaos? ????? ?? ???Rating: 4.4 (12 Ratings)??28 Grabs Today. 11647 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????Amazing? ????? ?? ???Rating: 4.7 (51 Ratings)??27 Grabs Today. 11518 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, October 22, 2009

sEpAk @ SePaK ..

mencari jalan untuk keluar tiba-tiba aku disepak
memaling kiri dan kanan
siapa punya penangan
lupa diri siapa untuk bertanya
lidah kelu akibat disepak

bila kata selalu dilempar sudah
bila senyap dikata penyimpan kata
walhal aku sedar
lagi aku berbicara lagi mudah dan murah untuk aku
disepak dan disepak

p/s : sebab tu aku lagi suka bertulis kerana apa yang silap boleh di delete tak seperti kita berkata-kata

Saturday, October 10, 2009

tImE Of mY liFe

masa itu penting menunjukkan siapa aku..

hidup tanpa masa menyeksa empunya diri..
begitu juga hati dan perasaan..
yang sentiasa memerlukan masa untuk bangkit..
dan terus bangkit untuk sebati dalam diri..
masa memandu aku untuk kemana-mana..
bergerak pergi tanpa ditunggui..
menghantar membawa dan meninggalkannya..
bila sampai didestinasinya..
tapi masa masih terus bergegas sentiasa..

sah lah memang masa sebahagian dalam hidup aku kan..

p/s : mengejar masa tidak sememstinya kita perolehi jawapan diakhirnya nanti begitulah juga kita terus menunggu dan menanti akan masa dalam sebahagian hidup kita ini.maka lakukanlah sesuatu untuk memperolehi masa itu agar kekal dan sentiasa bersama kita selalu..

masa ini merujuk kepada si dia....


Friday, October 9, 2009

sAmAr LaGi kE AKu


hari ini masih bukan hari yang bermakna bagi aku lagi..
masih menunggu dan terus menunggu..
percaya atau tidak satu panahan petir dalam majalah aku hari ini...
tapi ia masih samar lagi aku..

mula berjalan dan aku tahu ada sedikit tuilan dalam benak ini..
aku terusi sama bagaimana hari kosong yang aku lalui selalu..
sergahan itu mengejutkan aku..
terus benar memang seperti yang aku rasakan lalu..
bergerak pergi aku fikir sendiri..
masih samar lagi ke aku..

mesej itu sampai ke dada aku..
adakah semua yang aku pohoni pada tuan aku sudah bermula..
berdetik selamba mesej itu diberi kepada aku..
dua kali cuba menyampaikan apa yang diindamkan..
namun betulkah itu realiti sebenar yang cuba diluahkan dari mata hati..
ternyata aku masih samar lagi wahai Tuanku..

p/s : posting ni aku pilih coz ader benda pelik jadi kt aku hari ni..hairan bin ajaib..aku cuba membuang kesamaran tu sedikit demi sedikit..

Wednesday, October 7, 2009

i'M QuItE oLd-FasHiOnEd ?


betul ke kata-kata diatas tu..

sesuatu yang kita punyai tak perlulah diubah..

jika benar kita memilikinya..


betul ke kata-kata diatas tu..

tak pasti kepada diri melengkapkan jawapan yang ada..

usah ragu dan bimbang jika itu fizikalnya

menjadi sesuatu yang kita ada adalah lagi menarik..

dari kita meniru dari apa yang kita tiada..


betul ke kata diatas tu..

tak cukup paham lagi apa yang tersirat..

entah hilang mana yang tersurat kemudian..

mencari dan menyusul..

selagi aku tahu yang aku masih tetap kuno..


p/s : kuno menjanggal dan menjelikkan seseorang namun etikanya ia pilihan paling selesa jika itu adalah satu-satunya jalan dan lorong yang terhidang untuk seseorang itu untuk terus merintih, meniti, menjalar nasib yang ada pada dirinya itu. berikan peluang bukan menunjukan dia itu seseorang yang lemah untuk dibantu selalu..


Monday, October 5, 2009

sElAmAt DaTaNg bElEnGgu


selamat datang belenggu..
tika ia menyusul keluar...
si belenggu tetap masih didalam..

selamat datang belenggu..
yang ada itu selalunya lebih menyayatkan..
dari apa mengembirakan..

selamat datang belenggu..
permulaan temu seperti diharapkan..
namun pengakhiran seperti yang diagakkan juga..

selamat datang belenggu..
kau hadir tak kira siapa..
kau hadir tak kira bila..
kau hadir tak kira mana..
dan kau hadir sebenarnya terlalu menyeksakan..
jika hadir menyalahi waktunya..

p/s : adaptasi dari the tree..siapa tahu mana mungkin...

Sunday, October 4, 2009

+ - / x = tEtAp DiSiTu

+ - / x = kemana-mana aku cuba
dimana-mana aku bawa
masih ia tetap disitu..

+ - / x = aku merasa
aku menyentuh
aku menaruh
aku segala - galanya
masih ia tetap disitu

+ - / x = hati
jiwa
naluri
masih tetap disitu

p/s : aku sedar aku pulih sedikit demi sedikit tapi berikanlah hasilnya selain kepulihan itu sahaja..aku bersyukur dengan apa yang ada..

Saturday, October 3, 2009

sEmAk !!!

Bila disusun semuanya aku mula rasa semak...
Tak tahu macam mana nak bagaikan biar ia nampak seperti yang aku mahukan..
Gila hari aku pikir tapi masih pada rupa itu..
Dalam diam ada satu demi satu rak yang makin usang..
Hanya melihat dan memerhati..
Ini semua kerana aku sudah kekeringan daya dan keringat..

Penuh dengan tenaga tapi aku masih merasai kelemahannya...
Aku mencuba baiki dan tempuhi tapi aku masih di situ berdiri lemah..
Yakin percaya tidak cukup nak kukuhkan dengan apa yang aku ada...
Kembali lagi aku kepada masalah semak ini..

Bila apa yang dipinta dan dimahukan selama ini mula dicapai...
Aku lihat ia bermula sekali lagi..
Sudah muak atau semak aku sendiri tak pasti...
Sama ada ini latihan jitu atau khayalan aku sebelum menemui itu..
Namun percaya dan ketahuilah yang sentiasa ada bersama dengan aku..
Dari dulu dan sekarang masih setia si dia dengan aku iaitu si semak !!!

P/S : sEmAk bukan nama sebenar...